Monday, 23 December 2013

En. Mimpi

Assalamualaikum.

Hari ni rasa nak update blog lagi. En. Mimpi. Eh, bukan pulak band En. Mimpi yang nyanyi lagu ost Playboy itu Suami aku tuu. 

En. Mimpi yang aku maksudkan sebenarnye hanya wujud dalam kepala aku je kot. aku rasa la. 




Cerita lama. Dah usang. Semuanya pasal mimpi aku setahun lepas. Tapi, sampai sekarang aku masih ingat semuanya, setiap detik mimpi tu. Aku masih ingat dengan jelas, lelaki tu, tinggi, dada bidang, putih, muka dia bersih sangat. Dan, aku langsung tak mengenali wajah lelaki tuu. Sungguh. Dalam mimpi tu, aku nampak dia tersenyum dari jauh, hanya aku dan dia yang wujud dalam mimpi tuu. Walaupun aku langsung tak kenal dia, entah kenapa aku tetap membalas senyuman tuu. Rasa selesa sangat. :3  *nampak gedik sangat aku dalam mimpi tuu. huhu. Lebih parah, dengan selamba badak je, aku pergi peluk mamat tuu. hmm. Macam merapu. Tapi aku tertanya sampai sekarang, siapa lelaki tuu ? 

Pernah dengar tak ayat ni ?



Aku pun mengharapkan yang terbaik untuk diri ni. :) hmm.. Mungkin jugak mimpi tu sebagai satu petanda. Petanda untuk aku. Untuk dapat lelaki yang terbaik, aku pun patut menjadi yang terbaik kan. uhuk2 *batuk. 

Dan sungguh "Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat." 


Sedar tak sedar, dah 18 tahun umur aku sekarang. Dan tak lama lagi nak masuk 19 tahun. Sekejap je masa berlalu. Entah esok lusa dah nak kahwin. :p *ahaks. Walaupun, tiada calon yang terbaik lagi, tapi aku yakin suatu saat, Allah akan mempertemukan jugak. Aku kepada dia. Teruskan istiqamah, berusaha jadi yang terbaik untuk sang pria. Semoga, dia menjadi yang terbaik untuk diri ini. Semoga En. Mimpi menjadi realiti. Ammiiinnnn...


fokus sangat ni. ahaha. Time dinner hostel. Nampak tak orang lain pakai baju kurung, aku bantai pakai peplum. havoc sangat. :3

Bye. :) XOXO



2 comments:

Shafinaz Faizal said...

Hasanah!! Nik ingat lagi hasanah ceritta mimpi hasanah tu!! xD

Amen Naqib said...

nice entri, singgah sini japp.... jemput singgah blog ana sekali,in sya Allah ada manfaat.. :)