Saturday, 20 July 2013

Makanan SAHUR yang sihat:D


Assalamualaikum & hai all :)

Title post punya lah bagus kan. Tapi, tuan punya blog ni dah terlepas pahala bersahur hari ni. So, jangan jadi macam tuan belog ye. -_- haha. ni semua akibat tidur lambat berpanggung wayang malam tadi. Rasa frust jugak sebab ni hari pertama tinggal sahur sepanjang 11 hari berpuasa ni ! arrghhh ! Sekaligus, checklist aku untuk bersahur penuh tahun ni terbatal ! ergh. :(

Ape-ape lah. Hari ni aku tetap nak bagi semangat dekat semua supaya jangan skip sahur ! Sahur tu penting hokay, macam mana korang nak teruskan hari korang kalau tak ambil sahur ?? Memang badan rasa tak bermaya je kan. Terutama untuk korang yang berkerjaya and yang sedang belajar (macam aku). 

Sabda Rasulullah S.A.W. "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu, terdapat keberkatan"-Hadis riwayat al-Bukhari

Kalau aku sebagai student, time sahur merupakan time yang paling beharga untuk tido dan time genting untuk bangun. Yelah, malam-malam tidur dah lambat siapkan homework bagai. So, teramatlah susah untuk bangun walaupun sesaat. huhu. Tapi selama bulan puasa ni aku dah buktikan aku mampu bangun selama 10 minit untuk bersahur ! YESS ! err. except untuk hari ni la. 

And of course, makanan yang sesimplenya akan menjadi santapan aku. hehe. Tapi apepun, makanan tu mestilah yang berkhasiat dan memberi tenaga untuk aku sepanjang hari. (dah macam komersial break pulak ) -_-

1. Nestum



Haa. Ni pack terbaru keluaran Nestle, American Gingseng and Dang Gui. Boleh tahan jugak rasa dia. Aku beli yang original punya tapi time tu ada promosi, dapatlah aku 2 peket free. hehe. Trial pack punya. 

Apa ? Tak lalu makan nestum ?? Oh, sama lah kite. Mula-mula pun, memang aku ni tak boleh telan Nestum ni. Ntah la, maybe sebab aku tak biasa makan cereal kot dari kecik. Jangan risau ade solution dia. Kalau tak lalu nak makan terus nestum tu, korang boleh try ni.



Mix kan milo and nestum. Rasa dia mengancam. Memang sedap ! Tak percaya nanti try ok. Minum secawan Nestum+Milo, korang akan rasa kenyang sampai ke time berbuka. Kalau tak percaya boleh try.

2. Quacker Oat porridge  

Yuckss. Yang ni memang lagi teruk dari Nestum. haha. Aku memang tak boleh terima. Tak sedap !! YES. tu lah hakikatnya. Tapi, untuk yang satu ni, aku nafikan ! haha. Memang sedap. Boleh tahan jugak lah. Time aku beli ni tinggal yang perisa ikan bilis je. Yang lain dah lesap. -_- Nampak sangat ramai yang beli ni.



3. JACOBS Weetameal

Yang nilah satu-satunya yang paling sedap. hehe. Makan biskut ni cicah Milo. Sedap tak terkata sampaikan dalam masa 2 minggu hampir habis satu tin biskut ni. Biskut ni pun mengandungi oat macam Nestum and Porrigde tadi. Tapi lebih sedap sebab rangup and manis.



4. Kurma

Yang ni memang tak dapat dinafikan kebaikannya. Kurma ni buah yang paling cepat diserap berbanding nasi sebab ia terdiri dari unit paling kecil karbohidrat. Sama jugak macam pisang. 

Semoga tips makanan sahur ni berguna dan memberi semangat SAHUR yang baru untuk semua yang membaca. Rajin-rajinkan diri untuk bangun sahur ye ! GAMBATE !

Oh ye, haa aku nak tunjuk sengkuang calit yang baru-baru ni aku makan. Sedap tak terkata. hehe. First time, makan la katakan. Haha. Banyak makanan yang aku tak pernah makan aku jumpa kat Perak ni. Well, jauh berjalan luas pemandangan. So, ni lah sengkuang calit :)



Sebelum terlupa, walaupun aku dah terlambat nak wish, tapi aku still nak wish jugak ! SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ! Semoga Ramadhan kali ini, lebih baik dari yang sebelumnya, In sha Allah.

Thanks spending your time reading here.

xoxo

writing with love,

2 comments:

Puteeeeri said...

Sama la kiter . Campur miloo . Kenyang sampai sahur seterusnya . Bhahaha (overrss)

Nur Aisyah said...

Wahh . Memang Berkhasiat betul lahh nie ! ;)