Thursday, 27 June 2013

Bedak sejuk Limau Nipis :)

Assalamualaikum.

Petang-petang macam ni memang panas, tambah pulak rumah yang takde air conditioner. Pergh memang berasap ! Oleh sebab itu, aku perlukan treatment muka supaya muka aku bebas minyak dan segar ! ahhh~ hahaha. dah macam iklan facial wash pulak.


Ok, tak perlu ke spa atau jumpa mana2 pakar pun. Boleh buat kat rumah je. Yang penting jangan lupa basuh tangan dulu ok sebelum menyentuh kulit muka korang ;)


Barang-barang yang diperlukan, limau nipis dan bedak sejuk biji2 tu yang harga RM2.50. Boleh cari kat kedai runcit ke, tempat jual ubat2 tradisional ke, nak senang cari kat farmasi je konfem ade :)



Bagi yang tak kenal limau nipis ni lah dia, kalau takde kat rumah boleh beli kat pasar atau pasaraya

Bedak sejuk murah pasar malam :3



Cara-caranya:


First, potong limau nipis kepada dua bahagian, then perah 1/2 bahagian tu ke dalam bekas.


Lepas tu, ambil lebih kurang 3 atau empat biji kecil bedak sejuk tu, dan hancurkan kat dalam bekas yang ada perahan limau nipis tu. 


Bila dah agak sebati, terus sapu je ke muka. Biarkan hingga bedak sejuk tu kering. 


Kalau kulit muka tu tak bermasalah, takde la rasa pedih, tapi untuk aku lah, rasa pedih sikit, kulit aku ni bermasalah sikit, yelah penghidap resdung kan. Biarkan je. Pedih tu elok, untuk keringkan jerawat dengan cepat.



Korang tau tak limau nipis ni memang bagus untuk kulit. Antara kebaikan limau nipis ni ialah:


1. menyingkirkan sel kulit mati – Apabila korang menggosokkan kulit dengan menggunakan limau nipis, ia sebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.


2. Mengurangkan kedutan – Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.


3. Melembapkan kulit -Sekiranya korang mempunyai masalah kulit kering , cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit korang.

4. Menghilangkan masalah kelemumur – Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala korang. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.


5. Menyegarkan lagi kesihatan kuku – Sekiranya kuku korang direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku korang. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.


Haa, kan banyak betul khasiat limau nipis ni. Rugilah tak cuba, tak payah nak bazir duit nak beli itu ini, padahal benda belakang rumah kita lagi elok. heheh :)


Okey selamat mencuba :)



ni hasil di muka sendiri :p




Thanks spend your time reading here :)

No comments: